Sejarah perkembangan:
- Zaman Purba
- Zaman Renaisance
- Zaman Moden
- Di Malaysia
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi
Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.
Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas
Definisi Pengajaran
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan,pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.
Definisi Pembelajaran
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran.
Kemahiran antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.
Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.
Konsep kendiri yang teguh ialah dengan memastikan keseimbangan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) di dalam hidup atau diri seseorang.
TEORI MULTIPLE INTELLIGENCE
Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner. Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:
Jenis | Sifat |
Linguistik | Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental . Suka bercakap .Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan |
Logikal | Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait .Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan logik dan menyelesaikan puzzle |
Bodily / Kinesthetic | Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui body language dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on' . Sukar memberi tumpuan dan fokus. |
Visual / spatial | Perlukan visual untuk membina kefahaman . Belajar paling berkesan melalui gambar dan imej . Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran mental. Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah. |
Muzik | Sensitif terhadap irama dan bunyi .Boleh belajar dengan muzik latarbelakang |
Interpersonal | Suka berinteraksi dengan individu lain . Belajar paling baik melalui aktiviti berkumpulan. |
Intrapersonal | Sensitif . Belajar paling baik secara individu |
Kategori | Contoh |
1. Benda dan Fizikal 2. Ekonomi 3. Moral 4. Sosial 5. Politik | kesihatan/keselesaan/ keselamatan keselamatan ekonomi/ produktif kejujuran/ keadilan baik hati/dermawan/ sopan santun kebebasan/ keadilan |