Komen Terbaru

Selasa, 31 Mei 2011

Teknik Capan

Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkan dgn pelbagai rupabentuk dengan menggunakan jenis bahan.

cth: capan bahan buangan, capan alam semulajadi (cengkerang)

Jalinan berbagai bahan itu akan memberi kesan jalinan pd hasil capan.


Rabu, 22 Disember 2010

Kuliah 1- Tajuk 1 Sejarah dan Perkembangan PJ

Teori

Sejarah perkembangan:

  • Zaman Purba
  • Zaman Renaisance
  • Zaman Moden
  • Di Malaysia

Kurikulum dan Pedagogi dalam P. Jasmani

Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?

  • Penglibatan murid secara aktif dan selamat
  • Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
  • Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

[sunting] Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?

  • Penglibatan murid secara penghayatan ilmu
  • Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
  • Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==

Kecergasan

  • Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .
  • Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

Kecergasan Fizikal

Koordinasi

  • Imbangan
  • Ketangkasan
  • Kuasa
  • Masa Respons
  • Kepantasan

Berasaskan pelakuan motor

  • Berasaskan kesihatan
  • Daya tahan kardiovaskular
  • Daya tahan Otot
  • Kekuatan
  • Kelenturan
  • Komposisi badan

Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

Kesukanan

Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
  • Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan

Gaya Hidup Sihat

  • Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
  • Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Selasa, 21 Disember 2010

Kuliah 2 21/12/10 -Konstruktivisme

Teori Konstruktivisme
-satu fahaman bahawa murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran.

Ciri-ciri pembelajaran

-guru sebagai fasilitator
-p&p berpusatkan murid
-berperanan sebagai pereka membina pengajaran murid
-kenalpasti kelemahan murid
-pengetahuan hasil dr pembelajaran aktif

Kelebihan pembelajaran Konstruktivisme
-
lebih berfikir
-lebih seronok
-lebih kemahiran sosial
-lebih yakin
-lebih ingat
-lebih faham