Komen Terbaru

Isnin, 20 Disember 2010

Kuliah 1 20/12/10 -Penggunaan Sumber

Definisi Pengajaran

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan,pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran.

Bagi mancapai objektif PSK:
1. Objektif Nilai
2. Objektif Pengetahuan
3. Objektif Kemahiran


Penggunaan sumber yang betul dalam p&p dapat membantu:

-meningkatkan daya ingatan
-menambah keseronokan
-meningkatkan kefahaman
-memupuk kemahiran intrapersonal
-meningkatkan kemahiran berfikir (KBKK)
-memberi motivasi
-meningkatkan kreativiti murid
-memberi peluang main peranan
-membentuk kemahiran psikomotor

Interpersonal & Intrapersonal

Kemahiran antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.

Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Konsep kendiri yang teguh ialah dengan memastikan keseimbangan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) di dalam hidup atau diri seseorang.

  • Konsep Jasmani – kepercayaan terhadap diri sendiri dari sudut fizikal.
  • Konsep Pergaulan Sosial – jenis-jenis pergaulan yang disukai atau tidak serta penerimaan masyarakat terhadap diri individu.
  • Konsep Emosi – seperti periang, sensitif dan sebagainya
  • Konsep Intelek – prestasi di dalam pelajaran serta konflik diri terhadap tahap kebijaksanaan yang terdapat di dalam diri individu.
Kemahiran Intrapersonal
  • komunikasi mata
  • pergerakan dan postur
  • gestur dan mimik muka
  • pakaian dan penampilan
  • nada suara
  • lenggok bahasa
  • interaksi dua hala
  • kecindanan, humor
  • jadi diri sendiri
Penghasilan
  • anggaran kos
  • kebolehgunaan
  • mobiliti (mudah dibawa)
  • bahan mentah yang mudah diperolehi
  • unsur-unsur keselamatan.
  • simpanan dan penyelenggaraan.
Contoh2 sumber
  • gambar
  • majalah
  • ICT- CD
  • Benda maujud
Persediaan sebalum penggunaan sumber
  • kesesuai tempat
  • punca tenaga (elektrik)
  • kaedah penglabelan
  • diuji kebolehgunaan.
Kekuatan dan kelemahan sumber
  • faktor fizikal
  • penggunaan masa
  • kos -tidak terlalu mahal
  • perancangan
  • mobiliti
Teori Pembelajaran
  • teori simulasi sensori.
  • ransangan deria
  • estetika- warna, bentuk yang cantik.

Teori Pembelajaran Gagne
Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran :

i) motivasi
ii) kefahaman
iii) pemerolehan
iv) penahanan
v) mengingat kembali
vi) generalisasi
vii) pelakuan
ix) maklum balas

TEORI MULTIPLE INTELLIGENCE

Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner. Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:

Jenis
Sifat
Linguistik
Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental . Suka bercakap .Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan
Logikal
Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait .Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan logik dan menyelesaikan puzzle
Bodily / Kinesthetic
Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui body language dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on' . Sukar memberi tumpuan dan fokus.
Visual / spatial
Perlukan visual untuk membina kefahaman . Belajar paling berkesan melalui gambar dan imej . Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran mental. Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.
Muzik
Sensitif terhadap irama dan bunyi .Boleh belajar
dengan muzik latarbelakang
Interpersonal
Suka berinteraksi dengan individu lain . Belajar paling baik melalui aktiviti berkumpulan.
Intrapersonal
Sensitif . Belajar paling baik secara individu


Soalan:
Bagaimana kaitan antara sumber pembelajaran dengan model pembelajaran?

Jenis2 sumber.
AECT -Association of Education Communication Technology

  • material
  • pesanan
  • orang

Rabu, 15 Disember 2010

Kuliah 1 - Nilai dan Pengajian Sosial

TAJUK 1
Konsep Nilai




Pengertian Nilai

Jules Henry (1975)- Nilai adalah sesuatu yang dikara baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hatikeseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan.

Carls Roger (1968) - sebagai kecenderungan seseorang dalam menunjukkan keutamaan.

Rath, Harmis dan Simon (1980) - nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberi satu arah kepada seseorang dan anggota dalam masyarakat.

Super (1957) - nilai menyerapi semua aspek kehidupan, semua matlamat yang telah ditetapkan oleh seseorang individu dan perkara2 yg sgt penting. Nilai blh m;pengaruhi seseorg dan memberi kesan terhdp pemilihn dan ditunjukkan dgn kebolehan dan minat tersebut.


Jenis-jenis Nilai
- agama/rohani (kesucian/kesyukuran)
- ekonomi (produktiviti)
- estetika (keindahan/keselesaan)
- intelek (cerdik/kreatif)
- kebendaan dan fizikal (kesihata/keselamatan)
- moral (jujur/pemurah)
- politik (patriotisme/ hak mengundi)
- sosial (kejiranan/ kepercayaan)

Fungsi Nilai
-bertindak sbg membantu individu mengenalpasti kedudukannya dalam isu sosial @ moral
-b'fungsi sbg dsr unt menentukan apakah yg dicabar, dihujah, diubah dan dipertahankan.
-satu piawai yg asas dan tekal (consistent) dlm m'bantu pemikiran dan perlakuan.
-panduan penyelesaian konflik.

Ciri-ciri nilai

- ditonjolkan secara lisan dan perlakuan
- boleh berubah-ubah
- satu kepercayaan dan pegangan
-






Kategori Nilai

Kategori

Contoh

1. Benda dan Fizikal

2. Ekonomi

3. Moral

4. Sosial

5. Politik

kesihatan/keselesaan/ keselamatan

keselamatan ekonomi/ produktif

kejujuran/ keadilan

baik hati/dermawan/ sopan santun

kebebasan/ keadilan





TAJUK 2
Konsep Moral
Maksud moral dan aplikasinya
Maksud Akhlak

TAJUK 3
Amalan Etika
Maksud Etika
Etika Profesion Perguruan dan Penjawat Awam
Konsep Baik Benar dan Patut
Fungsi etika dalam masyarakat
Teori kemoralan sosial
Teori keperibadian mulia

TAJUK 4
Insan Bermoral
Dimensi Moral Individu
-Penaakulan Moral
-Emosi Moral
-T/laku moral

Prinsip2 asas kemoralan
-altruisme
-keadilan
-autonomi

TAJUK 5
Profil insan bermoral
Ciri2 insan bermoral
Bagaimana guru dapat membentuk ciri2 ini

Rujukan
Library: rak 370
Buku;
Pendidikan Moral di IPT/IPTS, Longman;
Abd Rahman Aruf, Teori Etika dan Amalan Moral,UPM
Abd Rahim Abd Rashid, Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum, UPM
Sufian Hussin, Penerapan Nilai-nilai dalam Kurikulum, DBP

Nyatakan 3 masalah yang dihadapi dalam proses penilaian, penerapan nilai kepada pelajar.